[UPDATE] Drama Bersiri Adaptasi Novel : Salju Sakinah

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah setelah sekian lama mengambil masa yang cukup panjang untuk membaca, akhirnya selesai sudah bacaan novel Salju Sakinah cetakan pertama ini. Diulangi CETAKAN PERTAMA (sekarang dah masuk cetakan 10 dan cover baru ok). Sangat tertinggal ke belakang. It's better late than never, right?

Di sebelah kiri ialah cover asal SS. Di sebelah kanan ialah cover terbaru.

Karya tulisan Zaid Akhtar ini berkisarkan tentang kehidupan seorang gadis bernama Sumayyah di Irbid sebagai seorang siswi / pemimpin siswi dan sebagai seorang anak, adik, jiran, bos, dan penceramah muslimah di kampung halamannya.

Permulaan ceritanya mencipta kenangan dan memori tersendiri buat Sumayyah, yang seterusnya akan membuka lembaran baru untuknya. Sesuatu yang tidak diduga oleh pembaca.

Jalan cerita mula berkembang apabila Sumaiyyah tiba di tanah air. Satu demi satu ujian yang dihadapinya benar-benar menguji kewarasan, kesabaran, jati diri dan maruahnya dalam setiap tindakannya. Bermula daripada keluarga, syarikat, agama, masyarakat dan diri Sumayyah sendiri. Isu-isu yang dibangkitkan adalah perkara yang terjadi di persekitaran kita tetapi kadang-kadang kita berada di luar kemampuan manusia untuk mengawalnya. Ujian yang bertimpa-timpa menghimpit Sumayyah dalam satu masa, benar-benar turut sama menghimpit jiwa pembaca. Penulis banyak bermain dengan emosi Sumayyah sehingga pembaca dapat merasai kekecewaan, kemarahan, kesedihan, kesyukuran, kelapangan, kegembiraan Sumayyah. Atau lebih tepat lagi emosi pembaca wanita.

Penulis juga secara halus, menyentuh soal hiburan, eksploitasi dan aurat wanita. Ianya tidak diceritakan secara panjang lebar tetapi cukup dengan melihat respon watak-watak di dalam cerita ini. Penulis sebenarnya menegur pembaca supaya lebih sensitif dengan isu-isu yang dipandang ringan ini.

Sepanjang saya membaca novel ini, saya hampir-hampir terlupa yang penulis Salju Sakinah ini ialah seorang lelaki. Kenapa? Kerana penghayatannya seolah-olah penulis memahami jiwa seorang wanita. Kehidupan seorang gadis. Ya, jiwa seorang wanita yang seharusnya diterapkan dan dimiliki oleh setiap kaum hawa. Nilai-nilai murni yang semakin janggal dilihat pada individu-individu masa kini, cuba disampaikan di dalam novel ini. Tidak keterlaluan jika saya katakan watak Sumayyah merupakan seorang role model yang perlu dicontohi ramai.

Disamping watak Sumayyah, pembaca akan menyukai beberapa orang watak di dalam Salju Sakinah seperti Muazzam dan Ummi. Kesemua watak daripada watak utama sehinggalah watak sampingan, memainkan peranan masing-masing terutamanya watak-watak baik. Masing-masing punyai tugas sebagai seorang muslim / muslimah yang dikagumi oleh Sumayyah. 

Pada mulanya, saya agak kekok dengan penggunaan perkataan yang digunakan dalam Salju Sakinah. Begitu banyak yang jarang saya lihat dan baca, atau boleh saya katakan saya tak pernah dengar sebelum ini. Terima kasih kepada penulis, kerana hal ini menyebabkan saya banyak mempelajari perkataan-perkataan baru dan perkataan-perkataan Bahasa Arab. Terpaksalah saya membuka kamus! Hihihihihi...

Walau bagaimanapun saya sangat menghargai novel ini kerana ia telah mengajar saya sesuatu. Salju Sakinah mengajar saya bagaimana saya perlu bertindak balas terhadap persekitaran saya, bagaimana saya perlu mengawal diri saya, bagaimana saya perlu membuat keputusan dalam menentukan sesuatu perkara. Apa yang menakjubkan, Sumayyah sentiasa berusaha mendekati Allah SWT. Subhanallah...indahnya watak Sumayyah...

Tapi, apa yang lebih menggembirakan saya ialah apabila novel ini telah dipilih untuk diadaptasi kepada drama bersiri di televisyen. Ya! Saya tak tipu kalian!
 
Tuan Zabidi Mohamed sebagai penulis skrip Salju Sakinah

Ini adalah di antara gambar-gambar di sebalik tabir Salju Sakinah yang saya ambil dengan keizinan daripada tuan punya gambar untuk dipaparkan di dalam blog saya. 



Raja Farah sebagai Sumayyah

Raja Farah dan Yus Waisar

Kay Muhid, Raja Farah dan Yus Waisar

(Yang manis kiri tu saya tak tau nama!) Aizad Rosli dan Raja Farah (Sumayyah zaman sekolah)

Sumayyah dan Ummi

Sumayyah dan kakak-kakaknya

Tok Ayah Mit dan anak-anak muridnya

Kiri sekali : Zaid Akhtar dan watak Ustaz Naufal (tengah) dan Afnan (kanan sekali)

Penggambaran dilakukan di sekitar Johor dan drama ini masih dalam proses penyuntingan.

Nak tengok montage opening Salju Sakinah? Klik ---> MO Salju Sakinah

Saksikan Salju Sakinah di saluran Tv Al-Hijrah bermula 11 November 2014 (Selasa) ini jam 10pm.

Ingin mengenali penulis novel? Klik ---> Zaid Akhtar I Pengarang

P/S : Saya harap beberapa watak di dalam novel ini dikembangkan jalan ceritanya di dalam drama memandangkan di dalam novel, watak-watak ini hanya 'datang sekejap' dalam hidup Sumayyah. Apa pun tak sabar nak tonton! ^_^

Comments

  1. menariknya drama bersiri ni...

    btw done follow u, follow mine too :) - Noob

    ReplyDelete
  2. wahhhhh bila tu main kat tv al-hiljrah

    ReplyDelete
  3. Hi dear. blogwalking here.

    macam menarik je cerita ni. and penulis lelaki?! wow huhu

    sincerely,
    Najlaa 'Aqilah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup! Bila baca novel, tak ingat penulisnya lelaki :D

      Delete
  4. Assalamualaikum..
    Blog walking here.

    http://www.papaglamz.com/?m=0

    ReplyDelete
  5. salam kenal..singgah blogwalking kat sini..
    masyaAllah,,cerita ni diadaptasi ke drama?excitednya nak tgk..
    teringat kenangan,,dalam tahun 2005 kot,mase study kat jepun,,tiap2 hari selasa dan rabu,,saya tunggu novel ni keluar dekat utusan online..balik mesia tahun 2009, baru jumpa novel ni, terus beli..huhu

    ReplyDelete
  6. Novel ni best, dh lama baca. Tapi pelakon dia kureng la, takda komersial value... Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah takde komersial value. Bosanlah yang ada komersial value. Asyik2 muka tu je kat tv.

      Delete
  7. macam best jer...btw do visit mine too

    http://awekcute.com/penyelesaian-tulang-belakang-bengkok/

    ReplyDelete
  8. Salam..singgah & follow sini..
    Menarik cerita ni..tgh on kt tv hijrah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts