Justeru Impian di Jaring

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...sebuah lagi karya tulisan Zaid Akhtar berjaya saya tamatkan pembacaan dalam masa sehari. Kali ini karya yang bertajuk Justeru Impian di Jaring. Kondisi novel pun dah macam apa je. Hihihi...


Ia berkisarkan tentang seorang pemain badminton harapan negara bernama Syahir. Seorang lelaki yang tahu hala tuju hidupnya dan apa yang ingin dilakukannya walaupun keinginannya mendapat tentangan saudara terdekatnya. Selain prestasinya sebagai seorang pemain badminton cemerlang, dia juga terkenal dengan imej seorang pemain badminton yang mengikut syariah : berseluar panjang. Ia suatu situasi yang berbeza di arena sukan, yang rata-rata pemain lelakinya mengenakan seluar pendek di atas paras lutut.

Walaupun begitu, imejnya tidak menghalang Syahir meraih kejayaan demi kejayaan, malah dia membuktikan dia mampu melakukannya. 

Di pertengahan cerita, konflik timbul ketika Syahir menyertai Terbuka Johor apabila prestasi rakan sepasukan mengatasi prestasi mutu permainannya. Disebalik itu, dia terpalit dengan kontroversi dan kebimbangan terhadap kesihatan ibunya. Lama-kelamaan Syahir seolah-olah hilang keyakinan dirinya sendiri. Bertambah parah apabila Syahir tertekan dengan 'kuasa' pihak atasan yang seolah-olah meng'anaktiri'kannya di dalam persatuan mereka.

'Rentak' naratif novel ini pantas. Saya sendiri seolah-olah tidak puas dengan pembacaan saya. Banyak plot-plot di dalam novel ini yang boleh dikembangkan lagi dan ia sesuai dijadikan filem atau telemovie.

Novel ini sesuai dibaca oleh semua peringkat umur tetapi saya lebih suka menekankan ia sesuai dan ditujukan buat kaum adam di luar sana kerana naratif cerita novel ini straight to the point. Mudah dan tidak bercelaru. 

Comments

  1. Replies
    1. Yup menarik tapi saya tak pasti samada ada lagi di pasaran atau dah tukar cover lain.

      Delete
  2. Papaglamz dari
    http://www.papaglamz.com/?m=1 singgah dan follow di sini. Jom terjah entri2 hawtz Papaglamz. Hehehe

    ReplyDelete
  3. Salam singgah .. Macam best je novel ni mcm penulis novel thriller

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best awak cuma tak puas baca sebab cerita ni laju. Kalau nak novel thriller, ada entry saya pasal Sayang Scarlet. Itu memang superb!

      Delete
  4. oo0..yeke ..wah nak baca tumph up

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dapatkan di senarai kedai yang saya sertakan di entry Contest Suka Suki Sayang Scarlet tu :D Atau beli terus daripada penulis (link ada saya letak kat review Sayang Scarlet)

      Delete
  5. Macam best je....

    Jemput singgah www.auraummi.com

    ReplyDelete
  6. dah lama tak baca buku cerita dan novel...dulu masa bujang mmg saya ni hantu novel.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...saya novel-novel cinta dah tak beli. Beli yang lebih Islamik.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts