ND's Film Choice : Once
ONCE...sebuah filem yang dvd nyer aku beli tahun lepas...tak tau nape aku pilih filem ni...mungkin sebab aku nampak logo-logo pengiktirafan festival filem maka aku 'terbeli' dvd ni...dan lepas tu aku simpan punyer la lama sampai masa kawan serumah aku nak pinjam dvd, baru aku bukak dvd filem ni...
naratif/jalan cerita filem ni simple. dua orang yang lonely, bertemu pada suatu hari. kerana minat yang mendalam terhadap muzik maka mereka berkawan baik. pape pun bagi aku, hubungan mereka ni unik dan istimewa kerana hubungan atas dasar CINTAKAN MUZIK.
maybe gak daya tarikan filem ni sebab aku minat gitar dan piano yang merupakan 2 alat muzik utama dalam filem ni. bagi aku, gitar dan piano merupakan alat muzik yang mampu mencetuskan suasana romantis dan membuai perasaan. macam tu la masa aku menonton filem ni. lagu-lagunya sangat terkesan di hati aku...
filem ni bukan filem komersial seperti yang kita tonton di pawagam. gayanya adalah seperti dokumentari dan lakonan yang natural ala-ala indie gitu. filem ONCE bagi aku, ada seni dan nilai yang tersirat penonton boleh cari. sweet and simple.
dvdnyer tak mahal RM19.90 jer time aku beli. cover depan dvd dia camni...
aku takmo ulas lebih lanjut. nak tau sila g cni ----> Once (2006) - IMDb atau Fox Searchlight - Once - Official Site
pape pun, aku mencadangkan korang tonton la filem ni. aku suke (^_^)
Comments
Post a Comment