Tips : Penjagaan Bayi oleh ND (Panduan Memilih Lampin Pakai Buang)
ok. hari tu dah share info basic tentang bayi kan? kali ni kita g lak kat barang-barang bayi yang perlu ada. selalunyer barang-barang ni dibeli masa bayi dalam perut lagi oleh parents dia atau famili dan kawan-kawan parents bagi hadiah.
kita mulakan dengan LAMPIN PAKAI BUANG
kita mulakan dengan LAMPIN PAKAI BUANG
- Pilih mana yang sesuai mengikut bajet anda.
- Jangan pilih yang terlalu murah jika kualiti macam hampeh dan tak meyakinkan (pelekat plastik yang tak melekat dengan baik, bocor atau penyebab kulit bayi melecet). Pilih yang bagi value pada wang anda dan sesuai dengan bayi.
- Baca kelebihan dan struktur/komponen-komponen pampers di kulit pek pampers. Ini supaya anda lebih faham dengan pampers yang bayi anda pakai.
- Pilih ikut saiz dan berat bayi anda.
- Pilih nak bape pieces samada dari 12 ke 80 pieces(lebih dari tu pun mungkin ada, aku tak check lak). untuk permulaan better amik pieces yang sedang-sedang je sebab masa ni kita nak test kulit bayi ni ok tak dengan pampers tu.
- Bila dah tengok pampers sesuai dan tak menyebabkan melecet dan ruam pada bayi, boleh la amik pieces yang lebih banyak.
ada design kartun yang cute kat pampers tu (^_^) |
setakat ni anak buahku sesuai pakai PetPet dan tak sesuai pakai Pureen sebab Pureen buat kulit dia melecet. lagi satu, pelekat Pureen tak meyakinkan aku sebab bila sekali dah lekat dan nak tarik balik untuk adjust lampin dia, pelekat tu tak melekat dengan baik kat plastik lampin tu. macam gam dia dah abis. tensen aku nak pakaikan. tambahan dengan anak buah yang makin aktif gerakkan kaki dia lagi la cepat tertanggal.
secara tak sengaja tadi aku tertengok review orang lain tentang PetPet yang rata-rata puas hati dengan lampin ni dan value pada wang parents dan bayi dorang.
ingat! pilih lampin yang betul-betul sesuai dengan bayi anda! (^_^)
ya. tu sebab kami tak pakai pureen dah. :) lupe sbb ape. ye itu lah sebab nye :)
ReplyDeletehahahah! kan? kan? tensen jer! geram! patut la murah!
ReplyDelete