Tips : Penjagaan Muka
sebenarnya ramai tanya camne aku jaga muka. tak kira kawan laki atau perempuan. so atas gesaan sepupu aku sebab aku pernah letak senarai tips jaga muka ni kat FB, so aku letak lak kat blog ni. saja nak kongsi dengan kawan-kawan semua.
sebelum tu aku nak bagitau yang aku ni pengguna tegar Avon Anew. dari dulu sampai sekarang aku serasi dengan jenama ni dan alhamdulillah kulit muka aku leh masuk je pakai apa-apa produk setakat ni.
ni zaman awal2nyer Anew aku pakai dulu.
yang Anew baru sila la rujuk katalog Avon ye ;P
TIPS :
- amalkan makan VITAMIN C setiap hari!
- MINUM AIR KOSONG 2 LITER setiap hari!(kalo tak tau sukatan, beli botol besar mudah dibawa yang ada penunjuk aras liter air. letak di tempat yang sentiasa kamu nampak supaya kamu tak lupa minum air tu)
- MAKAN SAYUR2AN dan BUAH2AN.
- CUCI muka, pakai TONER dan PELEMBAP yang SESUAI dengan kulit muka kamu.
- TANGGAL/BASUH mekap kamu dengan SEGERA. gunakan kapas muka dan penanggal mekap/toner/minyak bayi untuk menanggalkan mekap sehingga TIADA lagi kotoran/sisa mekap di kapas.
- JANGAN picit JERAWAT kamu! BIARKAN ia 'menetas' sendiri! jika tidak akan meninggalkan PARUT!
- lakukan SKRUB muka, pakai PORE PACK white head/black head dan pakai MASK muka seminggu sekali. pastikan ketika memakai mask, kamu dalam keadaan RILEKS berbaring sambil letakkan kedua-dua kaki kamu di atas bantal. ini bertujuan supaya PENGALIRAN DARAH dari kaki ke kepala berjalan lancar.
- pakai PELEMBAP bibir.
- berfikiran POSITIF walaupun ketika berhadapan dengan masalah.
- murahkan SENYUMAN dengan IKHLAS.
- amik WUDUK dan SOLAT.
Comments
Post a Comment