Tips : Membuang 'Daging Lebih' Di Badan oleh ND

'daging lebih'??? sure korang tertanya-tanya dengan apa yang aku maksudkan, kan? 'daging lebih' ni yang selalunyer ade kat leher dan badan korang. dia kecik-kecik je tersembul atas kulit. ada gak yang besar.  dulu aku pernah ada kat leher. tak best betul! umie aku la yang dok sebut 'daging lebih'. aku cari gambar takde lak dalam intenet.

selalunyer 'daging lebih' ni kalo ade kat leher sure kiter nak pegang-pegang dia dan tarik-tarik dia. kadang-kadang rasa annoying dan huduh. so camne nak get rid of this?


kalo g farmasi ade ubat khas untuk masalah ni tapi mahal gak la. abang rudin penah beli. tapi umie aku bagi tips yang tak perlu langsung kuarkan duit. camne? jeng...jeng...jeng...

caranya ialah :-

  • tarik sehelai rambut yang agak panjang (tak kira la rambut korang ke atau awek korang).
  • rambut tu kemudian dililit pada 'daging lebih' tu.
  • ikat rambut tu pada 'daging lebih' tu sampai rasa pedih ckit kat ctu (ikat sendiri atau mintak tolong orang len).
  • ikat mati tau!
  • potong lebihan rambut tadi.

biler dah siap, wat la aktiviti macam bese. wat derk je dengan 'daging lebih tu'. kadang-kadang rasa pedih dalam tempoh tu. tapi insyaAllah lama-lama, dia jatuh sendiri dan korang tak akan perasan biler mase dia 'terlucut'.

camne dengan kulit tu nanti? jangan riso. tak berlubang atau luka pun kat ctu cuma ada merah-merah ckit.

selamat mencuba ;)

Comments

Popular Posts