Babysitter...

dah hampir setahun umur anak buahku yang aku jaga selama ini...banyak pengalaman yang aku timba...kena kuat dari pelbagai aspek.


bila difikir-fikir kembali, ada juga kesalahan yang aku lakukan pada si kecil ini. meninggikan suara, tak layan dia, buat dia menangis, kurang berhati-hati dan beberapa perkara lagi. sepatutnya aku harus ingat yang dia tak faham apa-apa jadi tugas aku untuk membimbing dia waktu ini.

tak selamanya kami bersama...tak selamanya aku akan jaga dia...tapi bila difikirkan, risau juga lepas ni siapa akan jaga dia...siapa akan layan kerenah manja dia...siapa akan ajar dia tentang kehidupan dan ilmu? sebab dari dia kecil lagi lebih muda untuk ajar dia perkara yang baik dan positif. jangan terlalu dedahkan dengan media atau unsur-unsur negatif. bimbang dia resap dan ingat di dalam pemikirannya.


abangku berpesan ketika menjaga anak buah, dedahkan dia dengan perkara-perkara baik. apa yang kita tonton, dia akan turut tonton. oleh itu lebih baik kita berhati-hati dalam memilih rancangan yang kita akan tonton. ajarilah dia nilai-nilai yang baik dan agama kepadanya kerana dia akan melihat perbuatan kita dan mengikutinya seperti solat, baca Al-Quran, berzikir, melayannya dengan baik. ini kerana pada peringkat ini mindanya kosong seperti hardisk kosong yang belum diisi dengan apa-apa dan akan mudah menyerap segala maklumat yang dilihatnya tanpa tapisan. oleh itu kita hendaklah membantu dan menjadi 'penapis' kepada dia.


menjaga bayi/budak/kanak-kanak memang memerlukan kesabaran yang tinggi. ia bukanlah tugas yang mudah. jika kamu pernah menjaga budak, kamu akan menyedari bagaimana payahnya ibu bapa kamu menjaga kamu sewaktu kecil. dan ketika itulah kamu akan tersedar dan menghargai orang tua kamu yang bersusah payah selama ini.


Comments

Popular Posts