Mortarboard, Rope & Scroll

hari yang dinanti-nanti telah ku lalui buat kali kedua namun debaran tetap ada...mungkin kerana tempat yang berbeza...apa pun segalanya selesai...sanggup berpenat lelah semata-mata untuk bersama sahabat merakamkan kenangan indah itu...mungkin kali terakhir aku merasai suasana sebegitu...

syukur kerana jasa seorang ayah, mendoakan, mendidikku dengan tegas dalam hidup ini...walaupun kini kau sudah tiada di dunia ini...

syukur kerana jasa seorang ayah, maka terbayarlah segala yang disyorkannya kepada aku...ketika aku dalam kekecewaan...

syukur kerana susah payah seorang ibu yang sentiasa bersamaku ketika susah senangku...yang sentiasa mendoakan yang terbaik buatku...

syukur kerana bantuan abangku yang melayan kerenahku selama ini berpindah randah dan menjadi pemandu peribadiku ketika aku memerlukannya...

syukur kerana kesabaran abangku yang sentiasa menjadi doktor komputerku selama ini ketika ia diserang virus...

syukur kerana pensyarah-pensyarahku yang tidak jemu mencurahkan ilmu kepadaku...walaupun aku bukanlah seorang yang bijaksana...

syukur kerana aku punyai teman yang sentiasa bersatu padu dan tolong menolong sesama kami memberi semangat di dalam pelajaran juga ketika berhadapan masalah...

anugerah ini dari Allah...buatku untuk semua yang telah bersamaku selama ini...



TERIMA KASIH

Comments

Popular Posts