New Me...insyaAllah
assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca/pengikut blogku...
wassalam...
kali ni insyaAllah aku akan cuba mengisi blog ini dengan isi kandungan yang baru...sebab aku rasa banyak sangat hal lagha (sia-sia) telah aku tulis selama ini...malah bila dibaca kembali, motifnya seperti tiada apa-apa. maka setelah kesedaran aku baru-baru ini, aku ingin manfaatkan blog ini sebaik mungkin untuk teman-teman dan banyak isi blog yang terdahulu telah aku remove kerana aku rasa tidak perlu dikongsi bersama yang lain dan tidak membawa manfaat apa-apa.
blog ini akan membincangkan perspektif aku, ilmu/info yang aku dapati & pelajari serta beberapa perkara lagi atau kata mudahnya, aku ingin memberi/mendidik pembacaku. selain itu mungkin banyak tentang muhasabah diri dari pengalaman aku sendiri menilai perjalanan hidupku selama ini. aku tidak bijak cuma ilmu yang ada akan aku cuba kongsikan bersama kamu semua dan turut aku sertakan dengan pendapat yang lain.
doakan moga kali ini aku dapat memberi manfaat kepada kalian daripada aku mengeji dan hanyut dalam dunia aku sendiri. insyaAllah...
wassalam...
waaaa..gud2..bila la ku nk sdar kih3
ReplyDeletesedar apekah wahai ku azhar? :D
ReplyDelete