Sherlock Holmes & Sherlock Holmes : A Game of Shadows
Aku baru selesai menonton dua filem Sherlock Holmes ni.
Sinopsis?
Secara keseluruhannya aku tak faham apa yang dorang ngarut (cakap) sebab bahasa dan perkataan yang digunakan bukanlah English moden tetapi English zaman revolusi. Jadi aku baca je sarikata tanpa faham apa-apa. Faham melalui visual imej sahaja. Ada beberapa dialog yang aku faham.
Sherlock Holmes pertama, memperkenalkan watak Sherlock Holmes dan sahabat karibnya Dr. Watson. Betapa geniusnya mereka berdua menyelesaikan kes melalui kepakaran masing-masing. They complete each other. Misteri yang perlu diselesaikan ialah berkaitan dengan magis dan pembunuhan yang berlaku, juga sebenarnya melibatkan sains. Memang menarik sebab taakulan Holmes, kecergasan fikiran, pemerhatian membawanya ke jawapan yang sangat complicated sehingga aku hampir percaya semua yang berlaku adalah kerana kuasa magis. Magis yang digunakan pula ada perlambangan Freemason, Illuminati yang menggunakan banyak simbol oleh antagonis which is bagi aku itu adalah perkara biasa dalam dunia perfileman Hollywood.
Sherlock Holmes kedua lebih menonjol kerana Holmes bertemu dengan musuh ketatnya dari filem pertama. Profesor itu memang hebat dan berfikiran jauh. Untuk filem kedua ini, aku teruja dengan sinematografi, pergerakan kamera dan penyuntingannya. Terutamanya babak Holmes dan Watson berlari ketika dikejar musuh. Gila kesan khasnya! Rasa aku pun macam berada di dalam babak itu!
Persamaan dalam kedua-dua filem ini adalah konflik hubungan antara Holmes dan Watson. Mereka sahabat baik tetapi terhalang kerana Watson berkahwin. Watson tidak mahu campur tangan lagi di dalam urusan Holmes tetapi dia sedar Holmes tidak akan berjaya tanpa bantuannya dalam menyelesaikan misteri kes-kes yang dipertanggungjawabkan kepada Holmes. Aku sangat suka hubungan mereka dengan dialog sinis antara kedua-duanya. Cara Holmes membuat taakulan untuk menyerang musuhnya cukup buat aku excited. Hahahaha! Boleh pula dia ramal apa akan jadi dengan tindakan dia dan musuhnya sewaktu berlawan.
Dalam filem ini juga Holmes bukanlah seorang penyiasat yang teratur kehidupannya tetapi selalu obses dengan kes-kesnya dan selalu melakukan ujikaji sains di dalam biliknya. Kalau dilihat, Holmes seperti tidak siuman ataupun terlalu genius sehingga kelihatan tidak siuman. Walau bagaimanapun, cara dia menyelesaikan kes, sangat teliti dan brilliant walaupun laju.
Aku sangat suka gabungan lakonan Robert Downey Jr dan Jude Law. Mereka sangat serasi.
Cuma aku agak pelik dan susah nak suaikan diri masa mula-mula tonton sebab dah terbiasa dengan watak Robert Downey Jr sebagai Tony Stark (Iron Man).
Aku bagi 4 bintang (masing-masing) untuk kedua-dua filem ini. 1 bintang lagi aku tak bagi sebab bahasa dia guna tinggi sangat. Aku tak berapa nak faham. Hihihihi...
Comments
Post a Comment