Sayang Scarlet
Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah baru selesai membaca novel 'Sayang Scarlet' sebentar tadi setelah pulun punya pulun cari masa untuk diri sendiri. Nak ambil peluang membaca novel ni pun, ada kisah tersendiri sampai 2x nyaris terlepas stesen LRT dan KTM. Hahahaha! Tak pernah-pernah dibuat sebelum ini.
Rasanya ramai yang tak tahu dan tak pernah dengar lagi pasal CK Publication kan? Ya, ini sebuah syarikat penerbitan yang baru sahaja didaftarkan tahun ini. Tapi penulis merangkap penyunting (editor) novel ini bukanlah orang baru tetapi sudah lama dalam bidang penulisan.
Masa saya remaja, saya suka baca novel dan suka mengumpul novel. Tetapi lama kelamaan saya jadi bosan dengan novel memandangkan isi kandungan boleh dikatakan 100% mengenai cinta yang mengasyikkan ibarat Cinderella, cinta terhalang dan bla bla bla...pendek kata jalan cerita klise dan boleh dijangka oleh pembaca. Tak ada kelainan.
Sejak itu, saya beralih membaca buku lain dan berhenti membaca novel.
Sayang Scarlet bukanlah sebuah novel cinta. Kalau anda menilai jalan cerita berdasarkan muka buku (cover) novel ini, anda silap BESAR! Don't judge book by its' cover. Ini sebuah novel kekeluargaan, rukun tetangga, seram, thriller dan ada unsur keagamaan. Saya beli novel ini setelah membaca beberapa komen mereka yang telah membacanya. Saya amat tertarik dan memesan buku ini di Sayang Scarlet. Dapat tandatangan daripada penulis lagi ;)
Sampai sahaja pesanan novel saya di rumah, saya baca bab ke bab. Itu pun perlu ambil dan curi masa yang ada.
Permulaan cerita bagi saya agak perlahan tetapi masih diterima kerana penulis memperkenalkan satu persatu watak yang ada di dalam Sayang Scarlet, bermula daripada watak utama sehinggalah watak sampingan. Walaupun perlahan, sebenarnya penulis mahu pembaca membiasakan diri dengan 'rutin harian' watak-watak tersebut. Agak keliru juga pada mulanya kerana setelah habis watak utama diceritakan, masuk pula watak lain di bab lain. Sel-sel otak agak keliru untuk berhubung. Tak apalah. Baca je dulu. Mungkin ada 'sesuatu' yang menanti :-D
Kemudian watak utama mula mengalami bibit-bibit bunga cinta. Masa ni saya kata, "Tolong jangan cinta meleleh di sini please!" Ada bab yang saya sedikit rimas sebab gedik-gedik. (Ampunkan saya Puan Penulis!) Namun secara perlahan-lahan, watak utama mula berdepan dengan konflik. Konflik yang mengelirukan pembaca. Konflik diri watak utama dan apa yang dia alami. Masa ni sherammmm!!! (Sebenarnya bahagian prolog memainkan peranan utama kerana berjaya menarik minat saya di awal pembacaan)
Bermula je konflik watak utama, konflik sampingan pun muncul daripada watak-watak sampingan. Fuhhh!!! Masa ni berdebar, tak percaya, eh semua perasaan adalah! Bila konflik tu wujud, bersambung-sambung semuanya. Masa saya tengah baca bab konflik ni, rasa tak boleh berhenti membaca. Berhenti pun sebab nak rehat, mandi, makan, solat dan tidur. Betapa gigihnya saya nak tau apa yang terjadi seterusnya.
Masa konvensyen pun bawak sekali novel ni :P |
Mula-mula saya ingatkan saya boleh teka dan agak apa yang bakal jadi seterusnya, tetapi sangkaan saya meleset sama sekali. Ternyata plot cerita Sayang Scarlet lain daripada yang lain. Satu demi satu cebisan misteri dihuraikan dengan baik oleh penulis. Perlahan-lahan pembaca akan nampak jalan ceritanya ke mana dan hubungkait antara watak utama dan watak sampingan. Sel-sel otak masa ni berhubung dan bergabung dengan baik. Hihihi...itu pasal saya nyaris terlepas stesen :P
Saya suka bila watak utama menghadapi konflik yang hebat dan dalam novel ini, watak utamanya juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Sesuatu yang bagi saya keluar daripada kebiasaan untuk watak utama yang selalunya nampak 'sempurna' di mata pembaca.
Masa saya baca novel ni, saya terbayang pelakon Wan Hanafi Su sebagai Pak Deris dan watak Shahid dilakonkan oleh model iklan Colgate yang uji kesegaran nafas 12 jam dalam kapal terbang tu. Hihihi...watak yang lain, saya tak dapat fikirkan siapa yang lakonkannya.
Penulis sangat teliti ketika menulis novel ini. Kenapa? Sebab pergerakan/perlakuan dan susun atur barang dalam cerita ini ditulis dengan teliti. Saya setuju dengan seorang pembaca yang menyatakan penulis Sayang Scarlet sudah boleh jadi seorang penulis skrip kerana dia berjaya membawa pembaca berfikir dan berimaginasi dalam plot cerita ini.
Antara sebab saya menyukai jalan cerita ini ialah kerana setiap watak punyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Kesemua watak mempunyai 'fungsi' dan memainkan peranan walaupun wataknya kecil. Kalau diadaptasi ke drama, watak extra pun ada dialog sendiri. Saya sifatkan novel ini punya unsur kemanusiaan kerana watak-watak extra prihatin dengan watak utama dan sampingan.
Kalau diteliti dengan baik, watak Intan Syakila dan Pak Deris sebenarnya mempunyai persamaan cuma bagaimana kedua-dua watak ini menghadapinya. Itulah yang membezakan mereka di akhir cerita.
Sayang Scarlet adalah berdasarkan kisah benar.
Cuma ada satu misteri saja yang tidak terungkai/tidak jelas ketika Suhaila dan Intan Syakila sebilik ketika program retreat. Apa pun keseluruhan cerita memuaskan hati. Banyak pengajaran dan nasihat yang pembaca boleh ambil ikhtibar bersama.
Saya bagi 4 1/2 bintang! Yeay!!!
Sayang Scarlet dan Nick Vujicic |
Kalau anda berminat untuk memiliki novel ini, anda boleh klik di kedua-dua link yang saya sertakan tadi. Anda boleh dapatkannya di beberapa buah kedai yang menjual Sayang Scarlet seperti yang tertera di page FB itu atau terus beli secara online daripada penulis Sayang Scarlet.
Selamat membaca ;-)
wah, ini adalah satu review yang panjang, detail dan tulus. terima kasih Diyana :)
ReplyDeleteyang benar, Saodah Lasim
sama-sama. hanya pandangan saya yang membaca :)
Delete