Teenage Mutant Ninja Turtles 2014

Huhuhuhu...

Siapa sangka setelah sekian lama (beberapa tahun) tak jejak kaki ke pawagam, akhirnya aku berpeluang juga ke sana Ahad baru-baru ini. Tapi pawagam biasa je la. Tak adalah hebat sangat asalkan boleh menonton.


Pawagam ini dahulunya dikenali sebagai Arasu di Sitiawan tetapi kini sudah diubahsuai menjadi MBO untuk memenuhi kehendak penonton. Oklah tu. Nak tunggu TGV kat AEON Seri Manjung ni, entah berapa lama baru siap.

Ok-ok aku bukan nak cerita pasal Arasu atau MBO ni tapi ulasan filem baru ini, Teenage Mutant Ninja Turtles 2014. Kenapa kena letak tahun? Sebab kalau tak silap, TMNT sebelum ini pernah dihasilkan dalam beberapa buah filem yang aku sendiri tak pernah berpeluang tonton daripada mula hingga habis (kalau tak silaplah. kalau silap tegur-tegurlah). Mesti tonton di tengah atau akhir cerita.



Membesar dalam tahun atau zaman kegilaan kartun 2D TMNT, pasti membuatkan golongan 'old skool' macam aku, rasa muda sangat-sangat (masa tu aku baru kanak-kanak kot tengok depan tv).

Naratif filem ini padat daripada mula sampai akhir dan membuatkan penonton tak berganjak daripada kerusi. Kalau berganjak, mesti terlepas bahagian babak dalam filem yang terlalu menarik. Malangnya masa end credit keluar, aku tak dapat bertahan lama sebab perlu ke tandas (penghawa dingin dalam pawagam sejuk gedi) jadi aku rasa mesti aku terlepas babak akhir selepas end credit (rasanya macam ada sambungan lagi). 

Dari mula cerita sampai akhir, semua perkaitan hubungan antara watak-watak sangat jelas (mungkin masa kartun 2D dulu ada diceritakan. almaklumlah zaman kanak-kanak masa tu mana ingat apa-apa). Misteri dan rahsia demi rahsia terbongkar satu persatu hanya disebabkan naluri ingin tahu April yang berusaha menjejaki Foot Clan. Semua watak mempunyai kekuatan masing-masing daripada April O'Neil, Eric Sacks, Michaelangelo, Raphael, Donatello, Leonardo, Splinter, Shredder, Vernon Fenwick, kesemua mereka memainkan peranan masing-masing dengan baik. Michaelangelo adalah yang paling sengal dalam filem ini. Tak tahan betul dengan perangai dia.


Ada babak asal-usul mereka. Bagaimana mereka 4 beradik dibesarkan oleh Splinter. Bagaimana mereka menjadi ninja. Siapa April O'Neil dan Eric Sacks. Semuanya terjawab dengan teknik flashback dan daripada dialog watak-watak. 

Banyak babak yang menggelikan hati sampai pecah ketawa penonton dalam pawagam. Dialog dan lakonan yang lucu sangat berkesan. Bila diingat-ingat balik, tersenyum sendiri dibuatnya.

Kalau bab kesan khas, shot-shot dan pergerakan kamera, tidak jauh beza daripada Transformers. Bawah kereta, atas helikopter memang cun habis. 

Yang aku paling tension ialah watak April O'Neil (Megan Fox), walaupun dalam situasi genting macam mana pun, dia tetap maintain cun (damn!). Ini betul-betul mencemburukan! Hihihihi...

Ada beberapa babak di dalam filem ini yang mengingatkan penonton kepada filem Transformers apabila Shredder muncul dalam babak-babak tersebut. Baju perisai Shredder saling tak tumpah macam Autobot cuma bentuknya lebih kepada baju perisai Jepun yang dilengkapi dengan teknologi terkini dan canggih. Mungkin ini salah satu strategi Michael Bay untuk mempromosikan filem Transformers di dalam TMNT. Kesan bunyi kelengkapan baju perisai itu juga seperti Transformers (dah pun penerbit dia Michael Bay, apa yang kau harapkan?)

Daripada 5 bintang, aku bagi 5 bintang! Tak jemu dan rasa nak tonton lagi dan lagi. Pergilah tonton sendiri. Aku sendiri pun tak tahu nak terang macam mana dah. Huhuhu...


Ok jom layan thriller Teenage Mutant Ninja Turtle 2014 dulu.

Comments

  1. Terbaiklah cerita nie

    ReplyDelete
  2. Salam singgah..saya dah follow blog awak..harap sudi follow blog saya balik =)

    http://seronoknyermelukis.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Tak berkesempatan nak tengok. Dh lama rasanya tak nonton wayang. Rinduuu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts